MOTIVASI PEPERIKSAAN
SEMINAR PECUTAN AKHIR PEPERIKSAAN
STUDY DI SAAT AKHIR !
Sama ada kita bersetuju atau tidak, hakikatnya ramai pelajar
gemar belajar di saat-saat akhir menjelang peperiksaan. Mereka lazimnya
berusaha berhabis-habisan di bulan-bulan terakhir menjelang peperiksaan. Pada
ketika inilah mereka berjaga hingga lewat malam dan bersengkang mata
mengulangkaji tajuk-tajuk yang selama ini terabai.
Ini bukan satu tabiat yang perlu digalakkan, namun itulah
yang menjadi amalan ramai pelajar. Mereka berkata kononnya kalau belajar awal
lupalah. Tetapi sebenarnya lupa kerana jarang mengulangkaji !
PERSIAPAN AKHIR YANG LEBIH BERKESAN …
Tanpa bertujuan untuk menggalakkan pelajar-pelajar
bertungkus lumus di saat-saat akhir, Seminar Pecutan Akhir Peperiksaan boleh
membantu pelajar membuat persiapan akhir secara lebih intensif, bijaksana dan
berkesan. Berdasarkan pengalaman kami mengendalikan seminar ini di sekolah-sekolah
rendah dan menengah di seluruh negara, Seminar Pecutan Akhir telah berjaya
mengajak pelajar memulakan “study last-minute” mereka lebih awal !
FOKUS UTAMA SEMINAR
Fokus utama seminar ini adalah untuk MENDORONG serta
MEMBANTU pelajar
(dengan membekalkan panduan persediaan peperiksaan) agar
bijak:
(A) Menggunakan
sepenuhnya baki masa yang ada menjelang
(B) Memaksimumkan
ulangkaji / latihtubi beberapa bulan
(C) Membekalkan
tip-tip penting menjawab soalan peperiksaan.
(D) Menangani tekanan peperiksaan dengan lebih
bijaksana.
(E) Memupuk sikap
positif, daya juang dan disiplin tinggi
