Thursday, 20 June 2013

SEMINAR PECUTAN AKHIR PEPERIKSAAN


MOTIVASI PEPERIKSAAN
SEMINAR PECUTAN AKHIR PEPERIKSAAN

STUDY DI SAAT AKHIR !
Sama ada kita bersetuju atau tidak, hakikatnya ramai pelajar gemar belajar di saat-saat akhir menjelang peperiksaan. Mereka lazimnya berusaha berhabis-habisan di bulan-bulan terakhir menjelang peperiksaan. Pada ketika inilah mereka berjaga hingga lewat malam dan bersengkang mata mengulangkaji tajuk-tajuk yang selama ini terabai.
Ini bukan satu tabiat yang perlu digalakkan, namun itulah yang menjadi amalan ramai pelajar. Mereka berkata kononnya kalau belajar awal lupalah. Tetapi sebenarnya lupa kerana jarang mengulangkaji !

PERSIAPAN AKHIR YANG LEBIH BERKESAN …

Tanpa bertujuan untuk menggalakkan pelajar-pelajar bertungkus lumus di saat-saat akhir, Seminar Pecutan Akhir Peperiksaan boleh membantu pelajar membuat persiapan akhir secara lebih intensif, bijaksana dan berkesan. Berdasarkan pengalaman kami mengendalikan seminar ini di sekolah-sekolah rendah dan menengah di seluruh negara, Seminar Pecutan Akhir telah berjaya mengajak pelajar memulakan “study last-minute” mereka lebih awal !

FOKUS UTAMA SEMINAR
Fokus utama seminar ini adalah untuk MENDORONG serta MEMBANTU pelajar
 (dengan membekalkan panduan persediaan peperiksaan) agar bijak:

(A)  Menggunakan sepenuhnya baki masa yang ada menjelang
(B)  Memaksimumkan ulangkaji / latihtubi beberapa bulan
(C)   Membekalkan tip-tip penting menjawab soalan peperiksaan.
(D)  Menangani tekanan peperiksaan dengan lebih bijaksana.
(E)   Memupuk sikap positif, daya juang dan disiplin tinggi




No comments:

Post a Comment